Santapan Ummis Hijau Kasturi 2024: Nostalgia Sungkei Di Desa, Air Tangan Ibu

Restoran dan syarikat katering tempatan, Santapan Ummis Hijau Kasturi berbesar hati untuk membawakan gabungan sajian desa dua negara istimewa untuk Ramadan 2024 akan datang. Meneruskan konsep bufet yang sudah menjadi identiti mereka, seleksi untuk Ramadan akan bermula pada 13 Mac 2023 hingga 8 April 2023. Bertemakan Sungkei Di Desa, Air Tangan Ibu lebih daripada 45 jenis makanan gabungan hidangan Malaysia dan Brunei bakal tersedia sepanjang Ramadan.

45 Menu Memikat Dengan Rasa Tradisional

Tema Sungkei Di Desa: Air Tangan Ibu tidak hanya menawarkan lebih daripada 45 jenis hidangan Malaysia dan Brunei, tetapi juga membawa nostalgia dan memori manis kepada para pelanggan. Diketuai oleh pemilik restoran, Cef Haji Fauzi dan Cef Hajah Norziah, dua individu yang berpengalaman dari Istana Nurul Iman, Brunei, menu yang disediakan akan memuatkan pelbagai hidangan asli dari Bandar Seri Begawan, Brunei.

Santapan Ummis Hijau Kasturi 2024: Nostalgia Sungkei Di Desa, Air Tangan Ibu

Santapan Ummis Hijau Kasturi 2024: Nostalgia Sungkei Di Desa, Air Tangan Ibu

Santapan Ummis Hijau Kasturi 2024: Nostalgia Sungkei Di Desa, Air Tangan Ibu

Antara menu yang bakal disajikan adalah aneka masak lemak terdiri daripada Sup Berempah Daging Tetel Dengan Roti Benggali, Punten Dengan Sambal Hijau Ikan Bilis, Ayam Masak Sambal Bawang Merah Brunei, Paru Masak Sambal Hitam Brunei, Gulai Lemak Telur Itik Dengan Belimbing, Sambal Tumis Kampung Sotong Rendam, Telur Dadar Padang, Ikan Talapia Berlado, Ikan Kembung Bakar, Cencaru Sumbat Bakar, Mee Kari Nyonya dan banyak lagi.

Memenuhi permintaan pelanggan, kuih yang sedang tular, Punten juga akan berada di dalam senarai bufet kelak. Menariknya, Punten ini dilengkapi bersama Sambal Hijau Ikan Bilis yang menjadi kegemaran pelanggan Santapan Ummis Hijau Kasturi.

Memperkenalkan Konsep Gerai

Pada tahun ini, Santapan Ummis Hijau Kasturi turut memperkenalkan konsep gerai dengan hidangan panas termasuk pelbagai gorengan serta Lockcing Sate Ikan asli dari Kelantan. Ini memberikan pilihan yang lebih luas kepada para pengunjung untuk menikmati hidangan yang unik dan lazat.

Santapan Ummis Hijau Kasturi 2024: Nostalgia Sungkei Di Desa, Air Tangan Ibu

Santapan Ummis Hijau Kasturi 2024: Nostalgia Sungkei Di Desa, Air Tangan Ibu

Santapan Ummis Hijau Kasturi 2024: Nostalgia Sungkei Di Desa, Air Tangan Ibu

Kemudahan Surau dan Ruangan Parkir Luas

Untuk memastikan keselesaan para pengunjung, restoran ini dilengkapi dengan surau di bahagian dalam serta ruang parkir yang luas di tingkat bawah premis. Kelengkapan audio juga disediakan untuk sebarang acara atau majlis yang dijalankan di tempat ini.

Santapan Ummis Hijau Kasturi 2024: Nostalgia Sungkei Di Desa, Air Tangan Ibu

Santapan Ummis Hijau Kasturi 2024: Nostalgia Sungkei Di Desa, Air Tangan Ibu

Promosi dan Tempahan

Bagi promosi 'early bird', harga diskaun sebanyak RM50.00 nett untuk dewasa ditawarkan sehingga 12 Mac 2024. Harga normal bufet adalah RM59.90 nett untuk dewasa dan RM25.00 nett untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah serta warga emas berumur 60 tahun ke atas. Kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah adalah percuma.

Selain itu, pelbagai jenis sambal seperti Sambal Hijau Ikan Bilis dan Sambal Daging juga boleh dibeli dengan harga RM19.90 untuk 500gm.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, hubungi talian 03-40324383 (pejabat), 017-6534133 (operasi) atau 011-23058511 (pengeluaran/production). Perkhidmatan penghantaran menerusi syarikat penghantaran atas talian juga tersedia untuk kawasan sekitar.

*kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah adalah percuma
** Bayaran 100% perlu dijelaskan bagi tujuan tempahan


Waktu Operasi

Waktu operasi pada bulan Ramadan adalah setiap hari bermula jam 6.30 petang hingga 9.00 malam manakala pada hari biasa, restoran ini dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang, kecuali pada hari Isnin.

Waktu Operasi Bulan Ramadhan

Setiap hari bermula jam 6.30 petang hingga 9.00 malam

Waktu Operasi Harian

Dibuka pada setiap hari kecuali Isnin bermula jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang

Mengenai Santapan Ummis Hijau Kasturi

Santapan Ummis Hijau Kasturi merupakan sebuah restoran yang telah beroperasi selama lebih dari tiga tahun di Sentul Village, Kuala Lumpur. Dikelola oleh Chef Haji Fauzi dan Chef Hajah Norziah, pasangan suami isteri ini telah menghidangkan pelbagai hidangan setiap hari dengan penuh dedikasi. Dengan pengalaman lebih dari 30 tahun dalam bidang kulinari, mereka pernah berkhidmat dengan kerabat diraja Brunei selama lebih dari 8 tahun. Malah, mereka masih berbakti sehingga ke hari ini tatkala ada dikalangan kerabat yang mencemar duli di Malaysia atau merindui akan air tangan mereka.

Santapan Ummis Hijau Kasturi 2024: Nostalgia Sungkei Di Desa, Air Tangan Ibu

Terlebih lagi, kedua-dua pasangan ini memiliki rekod yang kukuh dengan pengalaman bekerja di pelbagai tempat termasuk dalam sektor penerbangan, hotel ternama, serta sebagai tenaga pengajar di universiti tempatan.

Mereka pernah berkhidmat di Royal Brunei Airlines, Holiday Inn Toronto, Kanada, Hilton Petaling Jaya, serta terlibat sebagai tenaga pengajar di Management and Science University (MSU) Shah Alam. Menguatkan lagi rekod mereka, Ummis Hijau Kasturi sering kali menjadi pilihan katering beberapa syarikat penyiaran terkenal. Antaranya Astro, BERNAMA, TV3 serta banyak lagi. Selain itu, Santapan Ummis Hijau Kasturi juga telah menaja sajian hidangan konsert Liza Hanim yang berlangsung baru-baru ini.

Lokasi dan Alamat Ummis Hijau Kasturi

Ummis Hijau Kasturi, G3A. Sentul Village Service Apartment, No 10. Jln Sentul Perdana, Sentul, 51200, Kuala Lumpur.

Anda juga boleh terhubung dengan mereka melalui laman sosial di bawah.

Facebook: Ummis Hijau Kasturi
Instagram: ummis_hijaukasturi

Next Post

Comments