Sedang mencari resepi kentang putar homemade atau mashed potato homemade ala KFC yang mudah dan sedap? Kentang putar atau mashed potato memang antara menu pelengkap paling disukai ramai, sesuai dihidangkan bersama ayam goreng, steak, atau dimakan begitu sahaja. Tekstur lembut, rasa lemak berkrim dan gravy yang padu memang buat ramai tak puas makan. Resepi ni sangat sesuai untuk korang yang nak cuba buat sendiri kentang putar sedap kat rumah macam yang dijual di restoran fast food.
Walaupun sekarang banyak dijual kentang putar segera (instant mashed potato) di Shopee dan pasar raya, tak ada yang boleh lawan rasa kentang putar homemade yang fresh dan penuh kasih sayang. Jom belajar cara buat kentang putar ala KFC yang confirm jadi!
Resepi ni confirm jadi dan boleh makan satu periuk! Sangat sesuai dijadikan sebagai menu sampingan makanan barat di rumah.
Sos mashed potato homemade ni memang buat rasa kentang putar korang naik level, lemak, pekat dan menyelerakan!
Kentang Putar Mudah dan Bajet
Ramai yang tak tahu, cara buat kentang putar sebenarnya sangat mudah dan bajet. Hanya guna bahan asas dan sedikit effort, korang dah boleh hasilkan resepi mashed potato ala KFC lengkap dengan sos kentang putar KFC yang pekat dan padu!Walaupun sekarang banyak dijual kentang putar segera (instant mashed potato) di Shopee dan pasar raya, tak ada yang boleh lawan rasa kentang putar homemade yang fresh dan penuh kasih sayang. Jom belajar cara buat kentang putar ala KFC yang confirm jadi!
Bahan-Bahan Kentang Putar (Mashed Potato)
Bahan A (Kentang putar):- 7 biji kentang (saiz sederhana)
- 2 sudu besar butter
- 1 kotak kecil susu segar (disyorkan: susu low fat Dutch Lady)
- Lada hitam secukup rasa
- Lada sulah secukup rasa
- Sedikit garam
Cara Penyediaan:
- Kupas dan potong kentang kecil agar cepat empuk.
- Rebus dengan air dan sedikit garam hingga lembut. Boleh cucuk dengan garfu untuk uji kelembutan.
- Toskan dan panaskan seketika untuk keringkan lebihan air.
- Masukkan butter, lada hitam dan lada sulah. Lenyek sehingga halus.
- Tuang susu segar sedikit demi sedikit sambil terus lenyek hingga gebu dan berkrim. Siap!
Resepi ni confirm jadi dan boleh makan satu periuk! Sangat sesuai dijadikan sebagai menu sampingan makanan barat di rumah.
- 1 labu bawang besar (dihiris)
- 3 sudu besar butter
- 3 sudu besar tepung gandum (boleh guna tepung jagung)
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar kicap
- 1 sudu teh serbuk stok ayam Maggi (boleh ganti dengan kiub ayam)
- Sedikit air
- Hirisan batang saderi (optional)
Cara Buat Sos gravy:
- Panaskan butter dan tumis bawang besar hingga keperangan (caramelized). Sis tak gunakan bawang putih.
- Masukkan tepung gandum dan kacau rata.
- Tambah air sedikit demi sedikit, kemudian masukkan sos tiram, kicap, dan stok ayam.
- Letak lada hitam secukup rasa.
- Jika sos terlalu pekat, tambahkan air untuk laraskan tekstur.
- Kisar sos untuk tekstur halus (optional).
- Panaskan kembali dan taburkan batang saderi untuk aroma dan rasa tambahan.
Sos mashed potato homemade ni memang buat rasa kentang putar korang naik level, lemak, pekat dan menyelerakan!
Tip Ekstra & Alternatif Segera
Kalau nak cepat, anda juga boleh cuba serbuk kentang putar segera yang hanya perlukan air panas, cuma rasanya tidak akan setanding dengan versi homemade ini. Resepi ini sesuai untuk:- Majlis rumah terbuka
- Makan petang
- Potluck pejabat
- Menu sampingan ketika berkelah
Comments
Post a Comment
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.