Bufet Ramadhan 2024 Grand Pacific Ballroom Evolve Concept Mall Ara Damansara

Buat anda yang tinggal di sekitar Ara Damansara, Subang, atau kawasan sekitarnya dan tengah cari buffet Ramadan yang murah bawah RM100, kena cuba Bufet Ramadhan 2024 di Grand Pacific Ballroom kat Evolve Concept Mall ni.

Bufet Ramadhan 2024 Grand Pacific Ballroom Evolve Concept Mall Ara Damansara

Lokasi yang Strategik dan Kemudahan Fasiliti

Grand Pacific Ballroom ni terletak kat Tingkat 3 Evolve Concept Mall Ara Damansara. Ara Damansara ni satu bandar baru di Damansara Petaling Jaya, Selangor. Evolve Concept Mall ni pun tepi je dengan stesen LRT Damansara, dekat sikit dengan lapangan terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang.

Grand Pacific Ballroom ni boleh tampung sampai 700 orang sekaligus. Fasiliti dia memang lengkap, ada parking luas dan banyak, tandas bersih, surau yang selesa kat Tingkat 2. So, memang sesuai untuk pelbagai majlis dari korporat, perkahwinan, seminar, dan apa jua majlis keraian.

Untuk makluman, buffet ramadan kali ini diuruskan oleh GPB MARKETING & MANAGEMENT gabungan antara Makngah Catering & Khm Wedding.

Tema Buffet Ramadan ‘Selera Orang Kita’

Raikan kemeriahan Ramadhan ini berbuka puasa dengan lebih 60 jenis menu yang bertemakan “Selera Orang Kita” bermula 15 Mac 2024 sehingga 7 april 2024. Pada hari Isnin hingga Khamis kami khaskan kepada Syarikat-syaikat atau individu yang ingin mengadakan majlis tertutup dengan kapasiti minimum 200 orang, dengan harga RM78 seorang. Hari Jumaat hingga Ahad, iftar Ramadhan terbuka kepada semua dengan harga dewasa RM88, kanak-kanak RM48, warga emas dan OKU RM68.

Bufet Ramadhan 2024 Grand Pacific Ballroom Evolve Concept Mall Ara Damansara

Jenis Menu: Lebih 60 menu bertemakan "Selera Orang Kita"
Tarikh: Bermula 15 Mac 2024 sehingga 7 April 2024

Isnin - Khamis (Majlis Tertutup)
  • Harga Dewasa: RM78 seorang (minimum 200 orang)

Jumaat - Ahad (Iftar Ramadhan Terbuka)
  • Harga Dewasa: RM88
  • Harga Kanak-Kanak: RM48
  • Harga Warga Emas dan OKU: RM68

60 Jenis Menu Hidangan Makanan

Antara menu yang menarik adalah Nasi Kenduri dengan menu pilihan Nasi Beriani Mak Ngah, Ayam Masak Merah, Daging Masak Hitam, Dalca Sayuran, Jelatah Nenas dan Acar Buah. Untuk juadah pilihan Nasi Kenduri boleh ikut pada bajet pelanggan bagi memberi kepuasan kepada pelanggan.

Ayam Masak Merah

Acar Buah

Daging Masak Hitam

Selain tu, diorang ada sediakan pelbagai hidangan pembuka selera macam Kerabu Mangga, Kerabu Daun Selom, Kerabu Taugeh & Hati Ayam, Kerabu Pegaga, dan banyak lagi. Bagi menu utama pula yang tak kalah hebat adalah pilihan Nasi Putih, Ayam Masak Minang Cili Api, Asam Pedas Tetel, Kari Ikan Masin Talang & Terung Pipit, Sambal Tumis Udang Petai, Sayur Goreng Campur, dan macam-macam lagi.

Kerabu Mangga

Kerabu Pegaga

Kerabu Hati Ayam

Kerabu Kaki Ayam

MAIN COURSE: Nasi putih, ayam masak minang cili api, asam pedas tetel, kari ikan masin talang & terung pipit, sambal tumis udang petai, sayur goreng campur.
APPITIZER: Kerabu mangga & udang geragau thai style, kerabu daun selom, kerabu taugeh & hati ayam, kerabu pegaga & taugeh, potato salad mix green salad Cameron Highlands.
ULAM & SAMBAL : Timun, tomato, bendi, daun selom, pegaga, jantung pisang, sambal belacan, sambal kicap, cencaluk, budu.
SOUP OF THE DAY: Cauliflower soup with bread, sup ayam Wak leman.

Gerai Makanan Hidangan Pelengkap

Selain itu, ada juga hidangan panas seperti Noodle Stall, Pasta Stall dan Grill Stall. Dekat sini kalau korang nak makan Mee Kari, Kambing Bakar dan banyak lagi. Kalau suka goreng-gorengan, ada cucur udang, cucur bawang, keropok lekor, semuanya ada!

Kambing Bakar

DESSERT & KUIH MELAYU

Bahagian goreng-goreng juga ada seperti Keropok Lekor Goreng, Cucur Bawang dan Cucur Udang bersama Cili sauce. Tak lengkap buffet tiada pencuci mulut seperti kuih-muih tradisional iaitu Cucur Badak, Kuih Cara Berlauk, Popia Bersira, Kuih Seri Muka, Kuih Talam Bingka Ubi, Kuih Talam Keladi dan Koleh Kacang.

NOODLE STALL: Mee Goreng, Koay Teow Goreng, Mee Kari dan Mee Hun Sup Utara.
PASTA STALL: Macaroni pasta, Fusili pasta, Marinara sauce dan Beef boloqnaise.
GRILL STALL: Kambing bakar, Ayam Bakar, Roasted potatoes, Coselow, Black paper sauce, dan Mushroom sauce.
GORENG-GORENG MAK NGAH: Keropok lekor goreng, Cucur bawang Cucur udang, Cili sauce.
DESSERT & KUIH MELAYU: Cucur badak, Kuih cara berlauk Popia bersira, Kuih seri muka Kuih talam bingka ubi, Kuih talam keladi, Koleh kacang.
BUBUR: Bubur kacang hijau, Bubur pulut hitam, Bubur cacar.

Pilihan Minuman Dan Lain-Lain

Bahagian minuman pula menyediakan pilihan Air Balang Sejuk di Hati seperti Ice Lemon Tea , Air Sirap Selasih, Air Bandung, Air Jagung dan Air mangga. Manakala minuman panas juga ada seperti Teh Tarik dan Kopi O.

Paling menarik anda juga boleh cuba Cendol Santan Sawit yang sangat menyegarkan. Sambil bersembang, anda juga boleh menikmati snek-snek seperti Potato Stick, Chocolate Bear, Muruku Campuran, dan Mini Cookies.

Harga Pakej Perkahwinan yang Menarik

Kalau korang tengah plan nak kahwin, Grand Pacific Ballroom ni juga ada pakej lengkap perkahwinan. Termasuk ballroom, catering, dekorasi pelamin, fotografi, PA system, emcee, dan koordinator event yang akan jaga majlis korang dengan penuh eksklusif.

Grand Pacific Ballroom Evolve Concept Mall Ara Damansara

Grand Pacific Ballroom Evolve Concept Mall Ara Damansara

Harga pakej bermula dari RM43500 untuk 500 tetamu, dan RM51000 untuk 300 tetamu. Sempena "open day", korang boleh dapatkan diskaun sehingga 10K untuk pakej pilihan. Terdapat dua pilihan konsep catering iaitu secara buffet ataupun secara hidang. Harga pakej adalah bermula dari RM43500 untuk 500 tetamu dan RM51000 untuk 300 tetamu secara hidang.

Konsep catering: Buffet atau hidang.
Harga pakej bermula dari:
  • RM43,500 untuk 500 tetamu.
  • RM51,000 untuk 300 tetamu dengan pilihan hidang.

Tambahan, ballroom ini juga sesuai untuk semua jenis majlis termasuk korporat , perkahwinan, seminar dan apa jua majlis keraian. Hubungi dan tempah sekarang! Jadi, jangan tunggu lagi, nak tempah, boleh hubungi:

Fazi: 013 610 1329
Khairul: 016 8734032
Adibah: 017 3201292

Untuk tempahan, layari https://khmwedding.com/grand-pacific-ballroom/

Alamat Grand Pacific Ballroom
Grand Pacific Ballroom Evolve Concept Mall,
Tingkat 3, Jalan PJU 1a/4, Ara Damansara,
47301 Petaling Jaya, Selangor


Kalau tak sure jalan, boleh guna Waze cari "buffet Ramadan 2024" atau follow Ig/FB di "buffet Ramadan 2024", "khmwedding", atau "mak ngah catering". TikTok pun ada, cari je "buffetramadhan".


Next Post

Comments